Gotong-royong Membersihkan Makmal perkakasan di ILP Perai.. 5S
Asalamulaikum dan Selamat Pagi , Hai Semua ..
Pada hari jumaat 9.2.2018 dari pukul 3.00 - 5.20 petang kelas semester 2 kursus Teknologi Komputer Sistem telah mengadakan gotong royong untuk melakukan pembersihan bagi memastikan kelas kami sentiasa kemas dan teratur mengikut amalan 5S di Jepun. Ianya juga mengajar kami melakukan On Job Training untuk melatih diri kami lebih berkemahiran.
Mula-mula pensyarah sem 2 iaitu memberi arahan untuk setiap pc dan monitor berada dalam keadaan kemas dan seragam kedudukannya. Semua pelajar diminta untuk mengikat wayar-wayar pc supaya lebih kemas.
Seterusnya, pelajar lelaki diberi tugasan untuk menyusun barang-barang dan di belakang makmal supaya lebih kemas dan barang-barang tak diguna pakai hendaklah dibuang dan barang-barang yang hendak dipakai disusun dan secara seragam dan senang diambil.
Sebelum dikemas
Selepas Dikemas
Seterusnya, pelajar perempuan diberi tugasan untuk mencari tools kit dan menyusun dalam bag yang disediakan dan disusun dalam laci .. Itu adalah contoh 5s yang diajar kepada kami.
Sekian , Terima Kasih ..
No comments:
Post a Comment